anak Malaysia yang bangga dengan matematik

anak Malaysia yang bangga dengan matematik

Wednesday, 2 November 2011

PENGENALAN PERATUS (%)

           Dalam kehidupan seharian, banyak perkara melibatkan peratus, misalnya markah ujian, jumlah penduduk, faedah simpanan wang, pasaran wang, kadar kemalangan jalan raya, pasaran barangan dan sebagainya. Oleh itu, kemahiran membuat pengiraan peratus merupakan satu daripada kemahiran asas yang mesti dibentuk kepada murid supaya mereka dapat menjadi pengguna yang cekap dan bijak, khususnya, dalam bidang perdagangan dan urusan jual beli.
           Kesediaan murid mempelajari peratus diperoleh setelah mereka mahir dengan pengiraan pecahan, nisbah dan perpuluhan. Ini disebabkan konsep peratus berkait rapat dengan konsep pecahan, nisbah dan perpuluhan. Kesemuanya melibatkan perbandingan di antara kuantiti-kuantiti dengan cara membahagi dan menolak. Perbandingan antara dua kuantiti dipanggil nisbah, yang mana kuantiti perujuk perbandingan dipanggil bes. Bagi pecahan, nombor penyebut ialah nombor bes.

No comments:

Post a Comment

LAMPIRAN