anak Malaysia yang bangga dengan matematik

anak Malaysia yang bangga dengan matematik

Tuesday 22 November 2011

NOTA 3

Satu nombor perpuluhan boleh ditukar kepada peratus.

Contoh  :     0.04   =  4%
                   0.22   =  22%

NOTA 2

Satu pecahan boleh ditukar kepada peratus.
Contoh :             1/5  =  20/100  =  20%

            atau       1/5  = 1/5  x  100%  =  20%

NOTA 1

Peratus ialah satu pecahan dengan penyebut 100.

Contoh :  5/100      =    5%

              17/100     =   17%

Wednesday 2 November 2011

PENGENALAN PERATUS (%)

           Dalam kehidupan seharian, banyak perkara melibatkan peratus, misalnya markah ujian, jumlah penduduk, faedah simpanan wang, pasaran wang, kadar kemalangan jalan raya, pasaran barangan dan sebagainya. Oleh itu, kemahiran membuat pengiraan peratus merupakan satu daripada kemahiran asas yang mesti dibentuk kepada murid supaya mereka dapat menjadi pengguna yang cekap dan bijak, khususnya, dalam bidang perdagangan dan urusan jual beli.
           Kesediaan murid mempelajari peratus diperoleh setelah mereka mahir dengan pengiraan pecahan, nisbah dan perpuluhan. Ini disebabkan konsep peratus berkait rapat dengan konsep pecahan, nisbah dan perpuluhan. Kesemuanya melibatkan perbandingan di antara kuantiti-kuantiti dengan cara membahagi dan menolak. Perbandingan antara dua kuantiti dipanggil nisbah, yang mana kuantiti perujuk perbandingan dipanggil bes. Bagi pecahan, nombor penyebut ialah nombor bes.

KONSEP PERATUS (%)

Peratus merupakan perbandingan di antara satu kuantiti dengan satu kuantiti bes. Peratus boleh diberi makna sebagai perseratus. Oleh itu, 15 peratus (%) memberi makna sebagai lima belas perseratus, iaitu 15/100. Maka. 15/100 ialah bentuk pecahan, 15:100 ialah bentuk nisbah dan 0.15 ialah bentuk perpuluhan.

      Ringkasnya :

                         15 %   =  15/100    atau   15 : 100    atau    0.15

LAMPIRAN