TERATAK MATEMATIK
anak Malaysia yang bangga dengan matematik

Saturday, 14 November 2015
UBAT KENCING MANIS AURA MAGNETIC
www.AuraMagnetic2u.com/roliahdimyati
DAUN INSULIN PLUS - UBAT KENCING MANIS
KHASIAT DAN KEGUNAAN:
Menurunkan kadar gula dalam darah, meneutralkan kadar gula dalam darah, meningkatkan fungsi pankreas. Baik untuk penyakit hati, antioksidan serta menyeimbangkan radikal bebas, meningkatkan metabolisma tubuh dan menyegarkan badan. Mengatasi malaria, baik untuk lenguh, kebas dan lesu badan.
CARA GUNA:
Rebus 3 helai daun ini dalam periuk besar, campur 3 liter air, dan minum 3 gelas sehari. Jika terlalu PAHIT boleh tambahkan sedikit air, amalkan dan selalu periksa bacaan gula dalam darah waktu perut kosong pada waktu pagi. InsyaAllah berkesan. Disamping itu amalkan diet dan bersenam.
Monday, 19 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
LATIHAN 5.2 : PENGIRAAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH MELIBATKAN PERATUS
1. Hitung nilai ini.
40% daripada 630
= 40 x 630
100
= 252
2. Nyatakan dalam peratus.
17 daripada 34
= 17 x 100%
100
= 50%
3. Cari nilai asal.
18% daripada nilai asal ialah 45.
Nilai asal = 100% x 45
18%
= 250
4. Cari nilai tambahan dan nilai susutan
200 kg ditambahkan sebanyak 15%.
Nilai tambahan = 15 x 200 kg
100
= 30 kg
5. Hitung nilai akhir bagi soalan ini.
235 g ditambahkan sebanyak 30%
Nilai akhir = (100 + 30)% x 235 g
= 130 x 235 g
100
= 305.5 g
6. Cari peratus tambahan atau peratus susutan.
200 ditambahkan sebanyak 14.
Peratus tambahan = 14 x 100%
200
= 7%
7. Cari peratus keuntungan atau peratus kerugian.
Harga kos = RM80
Keuntungan = RM20
Peratus Keuntungan = RM20 x 100%
RM80
= 25%
8. Cari peratus keuntungan atau peratus kerugian.
Harga kos : RM36
Harga Jual : RM43.20
Keuntungan = RM43.20 - RM36
= RM7.20
Peratus Keuntungan = RM7.20 x 100%
RM36
= 20%
9. Cari peratus diskaun.
Harga asal : RM1480
Harga Jual : RM1258
Diskaun = RM1480 - RM1258
= RM222
Peratus Diskauan = RM222 x 100%
RM1480
= 15%
10. Hitung harga asal.
Harga Jual : RM43
Diskaun : 14%
Harga asal = RM43
(100 - 14)%
= RM43 x 100
86
= RM50
11. Selesaikan.
Prinsipal : RM6000
Kadar faedah : 6% setahun
Masa : 3 tahun
Faedah = ?
Faedah = RM6000 x 3 x 6%
= RM6000 x 3 x 6
100
= RM1080
LATIHAN 5.1 : PERATUS
1. Nyatakan pecahan yang berikut dalam peratus.
5 = 5 x 100% = 62.5%
8 8
2. Tukarkan perpuluhan yang berikut kepada peratus.
0.35 = 0.35 x 100% = 35%
3. Tukarkan peratus yang berikut kepada pecahan dalam sebutan yang terendah.
8% = 8 = 2
100 25
4. Tukarkan peratus yang berikut kepada perpuluhan.
12% = 12 = 0.12
100
KESIMPULAN PERATUS
Kira-kira peratus sesuai diperkenalkan kepada murid yang sudah mampu dan mahir berfikir secara operasi konkrit, iaitu, murid berumur 11 tahun ke atas. Ini disebabkan murid sedemikian sudah boleh membuat pertalian nisbah (rational analysis) dan bukannya terhad kepada saiz dan kuantiti sahaja. Murid yang menghadapi masalah menyelesaikan kira-kira peratus mungkin mempunyai kesulitan dalam operasi darab dan bahagi, dan dalam mengaitkan konsep peratus dengan nisbah dan pecahan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengesan punca kelemahan murid secara sistematik dan untuk memulihkan kelemahan mereka.
Sunday, 4 December 2011
LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH
Hanis membeli sebuah televisyen dengan harga asalnya RM770 dengan diskaun 20%. Berapakah jumlah wang yang dibayar untuk televisyen tersebut?
Langkah 1 : Memahami Masalah
Harga asal = RM770
Diskaun = 20%
Langkah 2 : Merancang Operasi
Cari nilai 20% daripada RM770.
Seterusnya tolak jumlah tersebut daripada RM770.
Langkah 3 : Menyelesaikan masalah
Diskaun = RM770 x 20
100
= RM154
Harga selepas diskaun = RM770 - RM154
= RM616
Langkah 4 : Menyemak Jawapan
100 x 616 = 770
80
Subscribe to:
Posts (Atom)